April 29, 2011

Aina si Kaki Skodeng

broken heart

OMG!! Sentapnya hati ini.. Sedihnya hati ini... Sayunya hati ini.. Sakitnya hati ini.. OMG!!

Tadi Enna belek2 fesbuk sorang budak tue atau nk lagi specific Mr. R (bukan nama sebenar).. Dia skunk dah bahagia dgn dia punya Mrs. R... Sedangkan dari jauh akue nie menyayangi dia.. Akue pon x pasti nape and macam mana akue boleh terjatuh hati terjatuh sayang pada dia.. Akue x sangka pulak boleh jadi macam nie..

Kisah bermula tyme kitorang study sama2.. 

Ala-ala perkenalan zaman study gitu... Enna memang agak baik dengan dia.. Banyak masalah suka duka Enna share dengan Mr. R nie.. Pndek kata.. Dia la telinga ketiga Enna, dia la mulut kedua Enna and dia juga la mata ketiga Enna.. Aina memang suka sangat kawan and kenal dia.. Dia seorang yg caring, baik hati and such a good listener plus motivator..

Bila dah besau2 macam nie.. Jarang la pulak contact.. Tapi Enna x penah lupa dia.. Tapi dia, Enna x sure.. Maybe YES maybe NO... One day tue, Enna discover dia skunk in a relationship with Mrs. R.. Well.. Damn sad.. Sodeyh plus sentap sangat.. Dunno kenapa tetiba jadi macam nie.. Enna sedih sgt bila tau skunk dia dah jadi milik orng lain.. Sayu sgt.. Rasa cam x rela jerk.. Nangis la jugak.. Paling sedih bila skunk, Mr. R dah semakin jauh dari Enna.. Susah tol nk contact dia skunk.. Dia busy.. Dia sibok.. 

I'm trying to be positive but I can't... Enna still x dpt trima dia skunk dah jadi macam nie. I'm losing my third ear. I'm losing my second mouth. I'm losing my third eye.. Damn hurt.. Sakit sangat.. Rasa down sangat.. 





p/s : utk awak... saya sbnrnya suka kat awak.. 
tapi saya x pasti mende nie sayang sbg kawan..
or more than that.. tapi yg saya pasti saya sedeyh..
saat saya tgk awak happy dgn awak nyer Mrs. R tue.
Saya sakit hati sgt tgk Mrs. R skunk jd Mrs. awak.. 



Yg terluka... 







kiTa puTus

END OF SEMESTER TWO.....




Hey guys.. do you know the meaning of FREEDOM??

Well.. According to Dictionary.com via Mr. GOOGLE, freedom means....

the state of being free or at liberty rather than inconfinement or under physical restraint

But.. According to Prof Enna Mardiah, freedom means relax... Stay away from everything.. 

I am now FREE from :-

  • producing HTML page
  • producing Multimedia Director
  • maintaining PCs
  • studying library subject
  • being a Marketing manager
  • preparing sales forecast
  • network cabling
  • selling karipap


By that time, all these things are damn suck.. But.. today.. I'm missing it... Especially the post as a Marketing Manager.. Miss it damn much.. It's fun to learn ENT but it's suck to answer all the ENT questions.. Damn suck... 




April 26, 2011

akue tinggalkan mu kerana dia

Awak...

Saya mintak maap banyak2. Saya terpaksa tinggalkan awak sementara waktu nie.. Saya ad komitmen laen yg nk kena buwat.. Saya sbnrnya x sggup nk berpisah dgn awak sementara waktu nie.. Tapi.. saya terpaksa, awak..

Awak..
Saya terpaksa biar awak berhabuk kat sini kejap.. Skrg saya sedang bercinta dgn orang baru.. My Mr. FE... Saya harap awak faham saya... Saya janji saya akan kembali.... Itu janji saya.. Jaga diri awak baik-baik yea Mr. B yg sy sayangi...

Awak...
Bila tiba waktunya.. Saya akan kembali ke sisi awak... Bila tiba waktunya.. Kita akan bersama kembali..


Saya Sayang Awak....
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Mr. Belog...


Kesayanganmu...

April 21, 2011

Bila haTi dah Suka

sometimes kita x sedar pun yg kita sebenarnya telah jatuh cinta...



Recently I've noticed
I'm so into you
I feel like I'm flying
And the sky is always blue

I don't want to ruin the friendship
But I'm falling in deeper
You have a girlfriend,
but my love grows steeper

I thought there was something
When it began to grow
Everyone saw it
But we didn't know

And now that you're taken
I've realized I care
I know I love you
I know your there

But we're best friends
I've never thought of you that way
Even when people said
that we'd go out someday

We'd always just laugh
And ignore what they said
But now I'm just confused
with these thoughts in my head

Suddenly I love you
I might have all these years
But it just took time,
laughter, and tears




Why couldn't I see it
Have I always loved you
Maybe now I want you

because I can't have you

All I know is
These feelings I have are true
If I had to believe in one thing
That thing would be you 


I don't even realize that I actually love you..
But.. .. I now know that I am missing you..
I now realize that  I can't afford of losing you.


p/s : utk awak.. sy just dpt doakan agar awak bahagia dan happy dgn life awk sekarang.. Well.. I do hate it when I realize that I love you.. Quite sad jugak bila jatuh cinta dgn org yg x sepatutnya and pada masa yg x sepatutnya.. tapi pape pon.. sy happy and bahagia dapat kenal and jadi kawan awk walaupun awak actually mgkin terpaksa kawan n layan karenah saya..





April 20, 2011

Assalamualaikum...


Tengah present ENT 300..Well.. Damn suck!! X siap lagi... X dpt nk resign lg...  Still ada benda yg nk kena ubah... 

April 16, 2011

.........

Hai. Sedihnya hati....

Orang yg kita suka, minat, admire dah berpunya rupanya..

Hai. Sayunya hati....

Orang yg kita sayang rupanya membenci kita...

Hai. Lukanya hati...

Orang yg kita beri cinta rupanya x sudi memblas apatah lagi menerima...

Hai. Pedihnya hati..

Orang yg kita rindu rupanya x pernah rindukan kita..

Hai... Sedih, Sayu, Luka, Pedih...






April 14, 2011

New Pacific part 1

Salam semua....

Baru je balik dari dinner kat Grand New Pacific Hotel, Kota Bharu.. Well.. Not bad.. the most memorable part is I'm driving to Kay Bee at nite.. Fuhyoo.. Like it... Before ni mcm takot2.. Tapi mlm ni ase nk memberanikan diri.. HeHeHe..

Well.. NAsib menyebelahi.. Malam nie menang la pulak anugerah pelajar terbaik akademik IM221.. Alhamdulillah.. Suka2.. Nk tawu x ape hadiah nya?? Esk Aina smbg citer ekk.. X nyempat nk transfer ag gmbor nie.. Skunk pon online guna broadbnd pinjam..



April 12, 2011

VViP terlebih

Well.. this entry supposed to be update dulu kala.. tapi dunno la.. skunk br smpai  mood nk hapdet..

Pada 1 April yg lalu, kami warga BPC telah mengadakan satu majlis graduan untuk pelatih part 3.. saya dan rakan-rakan saya telah pon d jemput untuk memeriahkan majlis.. (ayt gilak skema)

Okey.. okey.. tukar mood... naty ada yg lembik muntah2 baca entry skema aque.. ha ha ha ha...

Well.. ktrg dak2 IM221 part 2 ni d jemput gak la hadir coz nxt sem ktrg x nyempat nk join dinner.. temanya mlm tue elegen merah, hitam putih.. well.. nk skupkn kaler2 yg d tetapkn tue.. aque dgn bgganya pakai la jubah hitam, bershawl putih berpurse merah.. ha.. lengkap.. so.. to the emcee, jgn d tny aq ikot tema x coz aq sememangnya seorng yg patuh..  aque mls nk tls entry pnjng2.. bkn korng bce pon.. so.. take a look on these pics yeah...











Well. yg blh puji mlm tue, makanan. terlebeyh sudah.. byk sgt.. smpai keknyangan dibuatnya...

one more.. ktrg yg menjadi "VVIP" ni la yg terlebeyh melaram..


April 10, 2011

20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA "MEMBENCI" LELAKI...?




1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga....


Thanks pd yg share d fesbuk tue..



April 9, 2011

pajero VS saga

almost eksiden la ptg tadi..
but... actually bkn almost..
dah tereksiden pon..
luckily x teruk sangat..
si pajero WFN 3308 tue..
perghh.. mentang2 la dy guna pajero..
side mirror pon x reti nak guna..
keta saga DBL 8378 yg kiut miut kat blkng pon..
ko x nampak ker??? aiseh man...
habis keta aque kowt..
nasib bek td aq baik hati..
kalu x..
mmg aq kejo la ko..
kuang ajo toll..
sesdp rasa hati ko jer kan nk undo ko nyer keta..
bajet keta aque kt blkg 2 plstik bila lnggr x de effect ker??



mesti korang tertanya2 kan sape driver nyer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.



biasalah... a woman... with kids..
itu la mslhnya... driving smbl lyn anak..
hello!!! aque taw ko syg anak ko..
tapi... aque sayang keta aque doe... 

pesanan to every woman :

kalau nak drive tue, make sure x de gngguan coz kiter as a woman nie sgt sensitif pd gngguan.. bg yg da ada anak tue, x pyh la bajet bijop bodo nak drive smbl layan anak.. bahaya.. macam ni la jadinya.. nasib baik aq smpat move ke depan.. ni blom smpat aq msok gear, ko da reverse.. side mirror campak mana mak cik?? well.. talkim bout side mirror.. ada yang x kenai ka?? so.. da knl tue reti2 la guna.. side mirror 2 ada purpose nyer bkn skdr hiasan cam laici yg kt tepi2 jus tue... hampeh toll laa kalu x reti guna.



yg tereksiden...



April 4, 2011

silence makes trouble

assalamualaikum...

sekarang nie dipagut kebimbangan...

too much worries can cause crazies.. betol ker quote tue?? Ada aque kesah??

Well.. sgt jealous tgk member2 yang dah dapat siapkan esaimen OI tue.. memang la nk buat tapi details hilang..  and we're looking for it until now.. X salahkan sape2 tapi saya salahkan pencuri maklumat tue.. u are soo damn behave like shit, beb! ko memang nak cari pasai ka?? kalau betoi la ko nak cari pasai, moh la kiter.. face to face la.. memang ko nie like "pig" like 'shit' like "dog".. bodoh punyer orang!!



i pray for ur death,
Siyes mahu menangis aje mlm nie... 
Tangisan kegumbiraan SAM menang.. 
Tangisan sedeyh sbb esaimen x penah siap.
Tangisan sedeyh cz jeles tgk org tue... 
Tangisan sedeyh coz sy rndu dier... 


Crying,

April 3, 2011

......

jum layan abp bh satt...


Yg x menang,

i'm crying? OH NO!

Dear my Mr. Belog, 


Feelim x sdp hati la.. Final is just around the corner.. Sangat gusar, bimbang, takut.. I'm not ready yet.. Dunno la.. Skrng nie masa lbh byk spent on individual and group project.. Aque takot sgt x dpt nk maintain as a dean list. If that's happen, I will be the saddest gurl.. Have no comment.. Pape pon aque akn still berusaha.. Untuk kekalkan nama sbg DL.. I love being a DL.. Wish me luck yea Mr. Belog..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Actually, tgh buntu nk pk idea untuk buat e-resume, proposal lab comp, html, multimedia project and etc.. Looks like byk.. tapi terpksa la buat sume nie kalau nk score coz sume2 nie x de FINAL. but.. yg plng membimbangkan.. mana aque ngan member2 grup aque nak cr maklumat on OI punya report nie.. Sume maklumat ada lam phone one of my member.. Tapi.. we are so unlucky coz she lost her phone few days ago.. Well.. sume tue mcm dugaan la jugak.. dgn kebusyan yg ade.. plus mslh2 mcm nie.. serabut sgt.. sometimes, i do think of quitting from this.. but.. i can't.. 


p/s :       to those yg terasa "terambil" brg mmeber aque tue...
tlg2 la kembalikn balik mende tue.. u pkir x ape mslh
yg ktrg terpksa hdapi bila sume nie berlaku.. u nk tgk 
ke ktrg sume nie dlm trouble.. nk kena p tmpt research
tue balik sdngkan due date tggl few days lagii... i beg u..
give it back, please...





I'm not dat strong,