August 29, 2013

No Words Can Describe You, My Hero !


Uhuk.. Uhuk.. Ehem.. Ehem.. Agaknya dah lama bebenor tak update blog ni.. Harap maaf dan ampun yea kawan-kawan.. Almaklumlah.. Untuk update blog nie nak kena ada mood. Bila dah ada mood nak kena ada idea pulak. So, kalau mood ada tapi idea tak ada tak boleh nak write out jugak. Begitulah sebaliknya. 
Jadi, sebagai pembukaan entry untuk tahun 2013 (walaupun dah nak masuk tahun 2014), kite baca entry nie yea.. 

Apa yang korang fikir dengan satu word kat dalam gambar atas tu? Well, setiap orang ada gelaran or panggilan masing-masing untuk insan yang bergelar DAD itu.. For me, I'm calling my dad as "Abah". 

Sepanjang saya membesar ni, saya dapat lihat abah saya seorang yang workaholic. Tapi, x pernah abaikan family. My Abah kerja siang dan malam.. Pukul 5.30 pagi dah bangun.. Siap-siap pergi keje (masuk opis pukul 7.30 a.m) then balik pukul 5 kalau hari Ahad, pukul 7 kalau hari Isnin sampai Rabu and pukul 3 kalau hari Khamis. Dalam seminggu my Abah akan kerja malam paling kurang 2 malam per week. Semua tu Abah buat untuk buat anak-anaknya hidup bahagia dan tak mahu anak-anak rasa apa yang Abah rasa dulu. Kadang-kadang Abah kena outstation seminggu gitu even hari minggu...

Bila saya tengok abah saya kerja siang malam tujuh hari seminggu, hati nie rasa macam sayu je.. 

Terfikir jugak.. Bila lah agaknya boleh kerja dan ada duit sendiri. Boleh lah kurangkan tekanan or kerja abah tu. Abah tak pernah mengeluh sebab tu dah memang tanggungjawab Abah. That's my Abah.. Tugasan dipikul tanggungjawab dilaksana. What can I do for now is to study hard and make him happy.